Maklumat Penghantaran

  • Penghantaran barang kepada pelanggan akan dibuat pada hari yang sama dengan hari pesanan jika pelanggan membuat pembayaran SEBELUM jam 3.00 petang.
 
  • Secara asasnya, pengeposan akan dibuat SETIAP HARI (hari bekerja sahaja) selepas jam 3 petang.
 
  • Pesanan dan pembayaran yang diterima selepas jam 3 petang maka pengeposan akan dilakukan keesokkan harinya selepas jam 3 petang. Tetapi jika keesokkan harinya adalah Hari Minggu atau Cuti Umum, maka pengeposan akan dibuat selepas dari hari cuti tersebut.
 
  • Nombor Tracking akan di emelkan kepada pelanggan untuk rujukan pelanggan kami. Juga mungkin dihantar melalui Whatsapp bergantung kepada keadaan.
  • PENGHANTARAN TIDAK AKAN dibuat pada hari-hari yang berikut:-
            *Hari minggu – Sabtu dan Ahad
            *Hari Cuti Umum
 

 
KURIER PENGHANTARAN YANG DIGUNAKAN
 
  • REMY SHOP akan menggunakan salah satu khidmat penghantaran seperti berikut :-
 
1) GDEX COURIER SERVICE
 
  • Kami gunakan Gdex untuk hantar PARCEL di dalam SEMENANJUNG dan SABAH/SARAWAK (jika pelanggan bersetuju dengan kos yang ditetapkan).
  • Biasanya Gdex mengira kos berdasarkan TIMBANGAN sahaja, bukan ikut ukuran saiz diameter parcel dan tiada had saiz ditetapkan. Manakala POSLAJU akan mengira kos berdasarkan UKURAN SAIZ PARCEL jika saiznya melebihi 30cm.
  • SABAH & SARAWAK – kos Gdex adalah berbeza dan lebih tinggi berbanding semenanjung (sekitar RM60-80) berdasarkan berat dan saiz parcel tersebut.
  • Barang akan sampai dalam masa 1 hari ATAU sehingga 3 hari mengikut situasi dan keadaan yang dihadapi oleh pihak courier ketika itu.
 

2) POSLAJU akan digunakan dalam sesetengah keadaan sahaja. Berikut adalah maklumat asas parcel Poslaju untuk pengetahuan pelanggan.
 
  • Untuk PARCEL – jika saiz parcel melebihi 30cm, maka Poslaju akan mengira ikut ukuran saiz diameter parcel tersebut. Biasanya kosnya jauh lebih mahal berbanding Gdex Courier. Contohnya jika hantar 1 barang parcel dengan saiz 40cm panjang - kos Gdex RM20 sahaja; manakala kos Poslaju sekitar RM30 hingga RM40.
 
  • Kaunter Poslaju yang sesak – disebabkan Poslaju menjadi pilihan utama orang ramai, maka kebanyakkan kaunter Poslaju mengalami kesesakkan luarbiasa. Penantian nombor giliran yang lama, ditambah pula para pelanggan yang datang bersama kuantiti barang pengeposan yang banyak dalam satu-satu masa. Situasi bertambah sesak apabila staf poslaju yang ditugaskan biasanya 1 atau 2 orang sahaja untuk melayan puluhan pelanggan yang menunggu dan datang tanpa henti.
 
  • Apapun, Poslaju akan digunakan dalam kes-kes tertentu. Contohnya jika destinasi penghantaran pelanggan adalah di kawasan pendalaman atau berada di luar lingkungan perkhidmatan Gdex.
 
 
3) POS PARCEL DOMESTIK  – jenis penghantaran yang LEBIH MURAH untuk destinasi SABAH, SARAWAK & SEMENANJUNG.
 
  • Kos penghantaran hanya berdasarkan BERAT TIMBANGAN sahaja. Contoh: 1 rak display dengan berat 1.5kg destinasi ke SABAH & SARAWAK kosnya sekitar RM20 sahaja.
 
  • Destinasi dalam SEMENANJUNG juga boleh memilih untuk menggunakan kaedah ini jika pelanggan mahukan kos yang lebih murah. Contoh: 1 rak display dengan berat 1.5kg kosnya sekitar RM10 – RM12 sahaja.
 
  • INFO PENTING : Barang akan sampai dalam masa 5 - 10 hari bekerja.
 
 
4) C.O.D (Cash on delivery)
 
  • Syaratnya ialah pelanggan perlu DATANG SENDIRI ke lokasi kami di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Tetapi perlu membuat TEMUJANJI terlebih dahulu. Sila telefon atau whatsapp 017- 388 2426 untuk maklumat lanjut.

 

Jika berlaku barang lewat diterima, maka ianya DILUAR bidang kuasa pihak REMY-SHOP. Tanggungjawab kami adalah memastikan barang diposkan pada hari dan masa yang dijanjikan. Pelanggan perlu membuat semakan sendiri dengan pihak Courier tersebut melalui trace & tracking di laman web mereka iaitu :